7 Idea untuk Manjakan Suami Anda

No Comments
#1: The Surprise
Foto: Afnan Omar
Oleh kerana anda dan pasangan mungkin agak sibuk pada hari-hari bekerja, hari minggu adalah hari terbaik untuk membuat kejutan. Jika selalunya anda yang selalu lambat bersiap, kali ini, anda pergi bersiap dahulu. Ketika suami anda sedang mandi, sediakan baju yang sesuai dengan tempat yang anda ingin bawa suami anda, dan tinggalkan nota.
Contohnya: "Wear this sayang, we are going to have fun."
Walaupun suami anda asyik bertanya tentang rancangan anda, jangan mengalah dan rosakkan kejutan anda. Just tell him to wait and give him a peck on the cheek. Cheeky but it's exciting!
Oh, dan jalankan kejutan yang anda telah rancangkan daripada situ. Ada kalanya, ada perkara berlaku tidak mengikut apa yang anda rancangkan, jangan gusar. Kadang kala, tidak ada salahnya untuk just go with the flow.
#2: Makan makan dan makaaaaaan
Foto: Afnan Omar
Anda dan pasangan suka makan? Jika selalunya suami anda yang memandu, kali ini, apa kata anda pula yang pandu. Bawa suami anda cuba tempat-tempat makan yang dia sudah lama ingin cuba atau tidak pernah dengar. Bagi menjayakan rancangan anda ini, banyakkan membaca review blog-blog makanan. Anda bukan sahaja dapat mengetahui tentang kedai-kedai yang baru. Anda juga dapat tahu tentang makanan apa yang anda patut cuba, tidak patut cuba dan bajet yang anda perlukan.
#3: Urut
Foto: Afnan Omar
Bebanan kerja yang banyak sejak kebelakangan ini? Suami anda selalu kelihatan lemah dan tidak bermaya? Apa kata anda dan suami pergi membuat sesi urutan bersama? Tidak semestinya anda pergi ke tempat yang mahal. Ada juga tempat urut yang menawarkan servis pada harga murah. Contohnya di pusat urut yang dioperasikan oleh ahli Pertubuhan Orang Buta Malaysia.
#4: Jadi kawan lelakinya
Foto: Afnan Omar
Untuk satu hari, jadi kawan lelaki suami anda. Jika suami anda ada band yang digemarinya, sertainya menonton persembahan band kegemarannya itu. Jika suami anda suka aktivi lasak, bawanya main ATV/ wall climbing atau lasak lain. Jika suami anda suka memancing, ikutnya memancing. Jika suami anda suka main snooker, apa kata anda main snooker juga. (Pusat Maritime Putrajaya ada menawarkan tempat snooker yang lebih family friendly.) Pendek kata untuk satu hari, buat aktiviti yang digemari suami anda, atau biarkannya buat aktiviti tersebut tanpa dileteri anda.
#5: Tengok wayang, upgraded class
Foto: Afnan Omar
Jika selalunya anda dan suami menonton wayang kelas standard, kali ini, bawa suami anda menonton wayang di kelas yang berbeza pula. Beanie? Gold Class? Premiere? Platinum? Agak mahal berbanding kelas standard, namun pastinya anda dan suami akan berpuas hati.
#6: Mini Honeymoon
Foto: Afnan Omar
Anda ada bejet lebih? Mini honeymoon agak sesuai untuk aktiviti hujung minggu. Bawa suami anda jauh dari kesibukan kerja. Tidak perlu jauh pun. Yang penting, anda dapat meluangkan masa berdua bersama.
#7: Movie/Series Marathon
Foto: Afnan Omar
Suami dan anda sendiri lebih senang duduk di rumah? Sediakan kudapan kegemaran anda dan suami: Chicken wings/ sandwic telur/ ayam goreng KFC/ pizza/ rolled sushi/ pisang goreng atau makanan lain. Lepas itu, sertai suami anda di sofa, dan enjoy filem/ drama bersiri atau mungkin juga perlawanan team bola sepak suami anda. Simple kind of bliss!
. . . . . . . . . . .
Foto header: Afnan Omar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top