Jenis Lelaki Perlu Dielak untuk Dijadikan Suami

No Comments
Untuk mencari teman lelaki, benarkah sifat dan budi pekerti menjadi nilai utama untuk dijadikan suami? Ikuti tips jenis lelaki perlu dielak dijadikan suami.

Lelaki ini bersifat subjektif. Rupa paras menawan, budi pekerti pula tidak seperti yang diidamkan. Begitu juga sebaliknya. Pokok pangkalnya terpulang kepada anda untuk menilai daripada segi apa. Ada beberapa jenis lelaki yang perlu dielak untuk dibawa berjumpa orang tua sebagai calon suami.
Sumber: afnanomar.com
1. Pentingkan diri sendiri
Lelaki yang pentingkan diri ini tidak mustahil akan menjadi lebih mementingkan diri selepas berkahwin. Mungkin perihal kelengkapan rumah, barangan dapur dan perbelanjaan harian perlu ditanggung oleh anda sendiri sebagai seorang isteri. Mungkin akan lebih teruk apabila sudah menimang cahaya mata nanti.
2. Terlalu mengongkong
Jangan biarkan lelaki mengongkong hidup anda. Memang benar Syurga di bawah tapak kaki suami tapi tidaklah sampai menghalang anda untuk pulang ke kampung halaman berjumpa orang tua mahupun berjumpa rakan-takan akrab di luar.
Sumber: afnanomar.com
3. Mr Always Right
Lelaki jenis ini lebih berbahaya. Anda tidak mungkin akan menang dalam perbalahan atau perbincangan sekalipun dek sikap dirinya yang menganggap semua perkara yang dibuat serta dikatakan olehnya 100% betul. Anda mungkin akan sengsara bukan dari segi fizikal tetapi mental.
4. Mr Know It All
Mahukah anda bersuamikan lelaki yang terlalu obses dengan semua perkara sehingga baginya semua perkara dalam hidup dia tahu kesahihannya. Anda mungkin akan dilihat seperti tidak berguna baginya kerana dia mengetahui semua perkara di dunia ini.
Sumber: afnanomar.com
5. Lelaki Penggoda
Jika godaan itu hanya untuk anda itu tidak menjadi masalah tetapi kalau ke restoran mewah tetapi digodanya pelayan restoran tersebut ataupun memandang wanita lain dengan gaya menggoda, katakan tidak kepada lelaki jenis ini. Selepas berkahwin mungkin akan lebih parah jika anda tersilap langkah.
Sumber: afnanomar.com
Tetapi, bukan semua lelaki itu bersifat seperti di atas. Mustahil untuk berjumpa lelaki yang sempurna kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Cukuplah jika dia melengkapi diri anda dan menyayangi anda seadanya. Rupa paras ialah bonus bagi anda, yang penting hati budinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top